2014年5月5日星期一

Pencantuman Serangga a.k.a Puzzle

Tarikh: 2 Mei 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran
Hari ini kami mendapati kesemua ulat bulu yang kami bela telah menjadi kepompong. Perasaan gembira telah terpancar oleh semua murid di dalam kelas ini. Tiada kata yang lebih indah selain hanya menantikan kehadiran sang kupu-kupu atau rama-rama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seorang lagi murid iaitu Zhen Yuan telah membawa seekor kumbang ke kelas pada hari ini untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang lain. Menurutnya, bapanya telah menangkap serangga itu di rumah. Mereka tidak berasa sukar untuk menangkap serangga itu kerana serangga itu hanya duduk diam di atas meja. Lalu, mereka menangkapnya.

Telah dijanjikan pada mereka bahawa hari ini saya akan membuat suatu aktiviti menyantum gambar atau puzzle. Saya bahagikan mereka kepada dua kumpulan. Dengan meletakkan satu kumpulan seramai 8 orang, mereka menyantum gambar serangga. Dengan aktiviti seperti ini menggalakkan mereka megasah minda agar lebih berfikir sebelum membuat sesuatu.


Mereka menampakkan sifat kerjasama apabila mereka saling menbantu antara satu sama lain ketika aktiviti tersebut dijalankan. Bahkan mereka juga bergilir-gilir menyiapkan cantuman gambar serangga seorang demi seorang. Aktiviti ini sebenarnya bukan bertujuan untuk bertanding siapa yang paling cepat dalam mencantumkan gambar, tetapi aktiviti ini secara tak langsung melahirkan sikap sabar dan toleransi dalam berkumpulan. Mereka mengambil masa selama 30minit dalam aktiviti ini.



Sebelum kelas berakhir, saya menyampaikan hasrat kepada murid-murid tentang tajuk rama-rama telah habis dibincangkan. Maka, saya memberitahu bahawa saya ingin melakukan undian untuk mengetahui siapa yang bersetuju dengan kenyataan saya. Akhirnya, 13 orang daripada 18 orang yang hadir pada hari ini telah bersetuju untuk tukar ke serangga yang lain. Mereka juga telah memilih kumbang sebagai tajuk pada minggu hadapan.

没有评论:

发表评论