2014年9月3日星期三

Penutupan Tema Pengangkutan.

Tarikh : 29hb Ogos 2014
Hari: Jumaat
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Bagi menutup tema pengangkutan pada hari ini, saya telah menyediakan bahan latihan agar mereka dapat mengingat kembali perkataan-perkataan yang telah mereka pelajari. Antaranya ialah kereta, kapal terbang, helikopter, basikal, motosikal, kereta lumba, kereta kuda, kereta polis, kereta bomba, kapal layar, kapal laut, motobot, sampan, perahu, bas, taxi, tinggi, rendah, negara, negeri, semenanjung Malaysia, roda, kereta api, naik, pergi, ke, jauh dan dekat.


Buku latihan untuk satu unit pengangkutan telah disediakan untuk proses pembelajaran hari ini.

Terima kasih, semua.

Semangatnya kawan-kawan!

Tarikh : 28hb Ogos 2014
Hari: Khamis
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Hari ini pula, saya telah mengajar mereka menyanyikan lagu patriotik (semangat cintakan negara) iaitu ‘Tanggal 31’ yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Lagu ini dinyanyikan penuh semangat oleh murid-murid kerana lagunya yang ceria dan semangat cintakan Negara.



 

Berdiri tegak dan hormat.

Tarikh : 27hb Ogos 2014
Hari: Rabu
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran


Hari ini, saya telah mengajar mereka bagaimana untuk menyanyi lagu ‘Negaraku’. Semasa menyanyika lagu ini, saya menggalakkan murid-murid berdiri tegak kerana lagu ini melambangkan kasih saying terhadap Negara. Jadi, kita perlu hormat ketika lagu ini sedang dimainkan. 

Merah, Putih, BIru dan Kuning. Inilah Malaysia!

Tarikh : 22hb Ogos 2014
Hari: Jumaat
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran


Hari ini, saya telah mengajar mereka bagaimana melukis bendera Malaysia. Saya mengajar mereka melukis bendera Malaysia di dalam buku tulisan. Di samping itu juga saya mengajar mereka untuk mengeja perkataan Malaysia.



 

JOM Jalan-jalan!

Tarikh : 21hb Ogos 2014
Hari: Khamis
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Pada hari ini, saya telah membawa sekotak dadu yang saya reka sendiri. Ini adalah untuk mereka tahu jenis pengangkutan yang telah mereka pilih untuk ke satu-satu destinasi.

Saya telah menampal peta Malaysia di papan putih. Saya juga telah mengajar mereka satu ayat untuk mereka ke mana-mana. Ayatnya ialah

Saya mahu ke _____( destinasi tempat )____ dengan menaiki __pengangkutan ____”

Mereka akan membaling kotak dadu yang sedia ada supaya mereka dapat mengenalpasti tempat-tempat yang ada di Malaysia sambil melihat peta Malaysia.






Mari Kenal Malaysia!

Tarikh : 20hb Ogos 2014
Hari: Rabu
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Bagi menyambut kemerdekaan Negara pada minggu hadapan, saya mengajar mereka mengenai Malaysia. Mula-mula, saya membuka peta Malaysia dan mengajar mereka mengenai Negara Malaysia.

Cikgu: Apakah ini, kelas?

Murid: Ini apa, cikgu?

Cikgu: Ini ialah peta Negara Malaysia.

Mereka menanyakan saya, maksud peta dan saya terangkan balik ke dalam bahasa Mandarin. Saya juga menerangkan maksud Negara kepada mereka. saya juga memperkenalkan 2 bahagian Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak Malaysia.

Saya juga menerangkan kepada mereka bahawa Malaysia mempunyai 13 negeri yang patut kita kenali. Negeri-negeri yang patut kita ketahui ialah Perlis, Kedah, Pulang Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Selangor, Pahang.



  

Pengangkutan dan Perlumbaan.

Tarikh : 19hb Ogos 2014
Hari: Selasa
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Pada hari ini, saya telah membawa dua buah buku yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan iaitu “Go, go, go” dan “Ships”. “Go, go, go” adalah sebuah buku yang menggambarkan keadaan di dalam kapal layar, bomba dan keadaan di litar kereta lumba.


Secara tak langsung, mereka dapat mempelajari istilah ‘pertandingan’, ‘kuda lumba’, ‘kereta lumba’, ‘bomba’, ‘belon udara’, dan ‘kapal selam’. Buku “Ships” pula menceritakan jenis-jenis pengangkutan di laut. Pelbagai pengangkutan di laut digambarkan. Terdapat kapal laut, kapal layar, kapal kontena, kapal tangki minyak, sampan dan juga kapal selam.




Setelah itu, saya membawa mereka menonton siri Upin dan Ipin yang bertajuk ‘Basikal Baru’. Siri pendek tersebut mengisahkan kawan-kawan Upin dan Ipin yang mendapat basikal baru. Hanya Upin dan Ipin sahaja yang tidak ada basikal baru. Buka mereka tidak mahu tetapi opah mereka tidak berduit ketika ini untuk membelikan mereka basikal. Mereka putus harapan namun telah ditolong oleh seorang pak cik. Pak cik itu menolong mereka membaiki basikal buruk. Akhirnya, basikal buruk itu bertukar menjadi basikal baru atas kerjasama merka bertiga.

Selesai pada itu, saya membuka pula cerita sri kartun Hagemaru kepada mereka yang bertajuk ‘Memandu Kapal Terbang’. Siri ini mengisahkan bagaimana seorang anak kecil yang teringin menaiki kapal terbang. Kemudian, dia telah curi-curi pergi ke satu lapangan tempat parker kapal-kapal udara. Dia bersama kawan-kawannya pergi ke situ lau terjatuh di atas sebuah jet. Lalu, dia tertekan butang-butang memandu di dalam jet itu. Pelbagai aksi telah dipaparkan dan menjadi bahan ketawa kepada murid-murid. Mereka amat gembira sekali.   


Tingginya atau rendahnya?

Tarikh : 18hb Ogos 2014
Hari: Isnin
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Masih di dalam tema pengangkutan, pada hari ini saya telah memberikan murid sehelai kertas A4. Kertas itu telah dibahagikan dan dipotongkan kepada 2 bahagian. Dari 2 kertas itu setiap murid mengambil satu bahagian dari kertas tersebut.

Kemudian, saya mengarahkan mereka membuat binaan kapal terbang sendiri menggunakan kertas tersebut. Setelah itu, saya mengarahkan mereka mewarnakannya dengan cantik dan rapi.


Binaan kapal terbang kertas Ryan Lim lebih kemas berbanding murid-murid yang lain. Maka, saya mengarahkan dia berdiri di depan bagi mengajar murid-murid yang lain untuk membina kapal terbang kertas yang lebih rapi dan cantik. 





Selang beberapa minit kemudian, mereka telah dapat menyiapkan binaan kapal terbang kertas mereka. Selepas itu, saya mengajar mereka maksud perkataan ‘tinggi’ dan ‘rendah’ kepada mereka dan juga perkataan ‘paling tinggi’ dan ‘paling rendah’ kepada mereka.

Kemudian, saya mengajak mereka ke padang untuk membuat satu pertandingan iaitu kapal terbang yang mana paling tinggi.

Mereka bermain dengan seronok sekali. Sesekali itu juga mereka menyebut perkataan : “Wow, tingginya!”.   





Kapal terbang kertas yang diterbangkan paling tinggi dimenangi oleh Kumpulan Puteri ialah Xin Yi. Kemudian,   kapal terbang kertas yang diterbangkan paling tinggi oleh Kumpulan Putera yang pertama ialah Ryan Lim dan Kumpulan Putera yang kedua ialah Yi Hong. :)

Pengangkutan darat, udara dan laut.

Tarikh : 15hb Ogos 2014
Hari: Jumaat
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tajuk : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran


         Setelah mereka mewarnakan gambar-gambar pengangkutan pada hari semalam, saya mengarahkan mereka membahagikan pengangkutan-pengangkutan kepada 3 jenis pengangkutan iaitu darat, laut dan udara. Saya mengasingkan dengan melukis di kertas A4 yang lain.