Tarikh: 30 April 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Pembelajaran
hari ini dimulakan dengan mengeluarkan perbendaharaan kata yang diajar dalam
tema ini. Antaranya ialah ulat bulu, kepompong, telur, rama-rama, kupu-kupu,
sayap, rumput, daun, sesungut, lipas, dan kumbang.
Terdapat beberapa orang murid yang masih tidak melaksanakan proses
putaran rama-rama di atas pinggan kertas. Oleh itu, mereka ini diberi peluang
untuk menyiapkan kraftangan mereka. Sementara itu, murid yang lain diarah untuk
menampal kraftangan yang telah selesai di papan kenyataan yang berada di
belakang kelas mereka. Dari pemerhatian saya, beberapa pinggan kertas telah
dipilih untuk dilekatkan. Pinggan kertas mereka dipilih kerana ia lebih
menyerlah dari yang lain. Ini dapat melahirkan perasaan yang bersungguh pada
masa akan dating terhadap sesuatu kerja yang disuruh kepada mereka.
Setelah itu, aktiviti seterusnya ialah
masing-masing menceritakan pengalaman mereka pada minggu ini yang berkisar
tentang serangga. Kelas pun bersurai.
没有评论:
发表评论