Tarikh: 16 Mei 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Hari
ini, kami dikejudkan dengan kemunculan seekor kupu-kupu lagi. Mungkin,
telur-telur yang ada sekarang juga bakal menjadi kupu-kupu. Teka-teki kami
sebelum ini ternyata salah kerana kebanyakan kepompong telah bertukar menjadi
kupu-kupu dan bukan menjadi rama-rama. Dengan rasa berani dan baik hati, Wei
Yee telah berjaya melepaskan kupu-kupu itu keluar tingkap dan bebaskan
kupu-kupu tersebut.
Kemudian,
saya telah membahagikan mereka kepada Kumpulan Belalang, Kumpulan Kumbang Hitam
dan Kumpulan Kumbang Merah. Dengan adanya kumpulan-kumpulan tersebut, saya
membuat satu pertandingan di mana jikalau mana-mana kumpulan yang berjaya
berpantun dan menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan sedap didengar, saya akan
memberikan markah kepada mereka. Maka, mereka pun bersungguh dalam menghafal
lagu ‘Tepuk amai-amai’ dan pantun yang meeka belajar semalam. Secara tak
langsung, mereka menjadi suka terhadap lagu ‘Tepuk Amai-amai’ dan pantun.
Setelah
itu, saya cuba
berbincang bersama murid-murid dengan
mengeluarkan pendapat tentang bagaimana kita perlu menangkap serangga
jika alatnya tiada. Ada
yang berpendapat, kita guna pensel atau penyapu. Jadi, saya pun memberitahu
kepada mereka, alangkah eloknya jika kita cuba buat alat untuk menangkap
serangga. secara spontan, mereka pun bersetuju. Saya telah mengeluarkan
beberapa idea seperti membuat alat menangkap serangga dengan menggunakan straw.
Dengan itu, pada minggu hadapan. Saya akancuba buat satu alat untuk menangkap
serangga.
Dengan itu, pada minggu hadapan. Saya akan
没有评论:
发表评论