Tarikh: 14 Mei 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna
Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Seperti yang dijangkakan, 2 lagi kepompong yang kami
bela telah menjadi kupu-kupu. Dengan jangka hayat yang pendek, apabila
kepompong telah bertukar menjadi kupu-kupu kami dengan rela melepaskan 2 ekor
kupu-kupu tersebut. Seorang daripada murid yang amat berani dan baik hati iaitu
Yu Xin telah dengan rela mengambil kupu-kupu tersebut dan melepaskan kupu-kupu tersebut.
Paling
menggembirakan kami, terdapat beberapa biji telur yang muncul di dalam kotak
pink (bekas yang diletakkan kepompong) tersebut. Ini bermakna, benda-benda
keperluan asas seperti makanan, air dan udara amat mencukupi bagi benda hidup
di dalam bekas pink itu.
Setelah
itu, saya menanyakan pada mereka, masihkah mereka ingat pada hari apakah mereka
meletakkan telur dan ulat bulu di dalam bekas itu. Tiada sebarang jawapan dari
mereka. Lalu, saya memberikan klu-klu untuk mereka berani buka mulut. Akhirnya,
ada beberapa orang murid yang tahu pada hari apakah mereka mula membela
serangga itu.
Dalam
keghairahan memberi jawapan hari apakah yang terlibat, saya mendapati
murid-murid tidak mahir dengan hari-hari. Maka, saya mengajar mereka hari
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan saya juga mengajar
mereka sekiranya hari ini Hari Rabu, esok pula hari Selasa. Jika hari ini ialah
hari Rabu, esok pula hari Khamis. Maka, secara tak langsung mereka tahu maksud
perkataan ‘Hari ini’ dan ‘Esok’
Selepas
itu, saya mengajar mereka pantun berirama. Saya telah menerangkan pada mereka
bahawa pantun perlu dibaca setiap hari dengan satu minggu satu pantun. Ini
dapat menggalakkan mereka tahu membaca pantun dengan betul dan tepat serta
berirama.
Kemudian,
timggal hanya 20 minit untuk menghabiskan waktu di kelas. Megikut perjanjian.
permainan cantuman gambar yang telah mereka main pada minggu lepas, akan
dimainkan lagi pada minggu ini. Jadi, saya mengambil keputusan dengan masa yang
ada, saya memberi peluang kepada mereka mengasah otak untuk bermain permainan
cantuman gambar atau ‘puzzle’.
Kelas diakhiri dengan mengeluarkan kembali
perbendaharaan kata yang telah dibaca.
没有评论:
发表评论