Tarikh: 5 Mei 2014
Hari: Isnin
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Berlalu
sudah seminggu, kepompong yang kami nanti masih lagi seperti keadaan asal.
Semuanya masih menjadi kepompong. Murid-murid masih menanti dengan penuh sabar.
Kelas kami pada hari ini dimulakan dengan menanyakan kepada
siapa-siapa yang ada membawa kumbang ke kelas. Namun, tiada yang membawa hari
ini. Saya juga bertanyakan kepada sesiapa yang mahu berkongsi pengalaman tentang kumbang. Masih juga tiada siapa yang mahu keluar. Mereka hanya membisu
dan tersengih-sengih.
Jadi, saya mulakan dengan menunjukkan sebuah buku yang bertajuk
‘Amazing Insect’ atau Serangga Yang Mempesona. Saya memberitahu walaupun yang
diajar dan diketahui hanyalah nama-nma serangga, namun terdapat pelbagai jenis
belalang yang terdiri daripada belalang, lebah, lelabah dan rama-rama. Saya
mengatakan dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis mahkluk antaranya ialah
serangga yang terdiri daripada pelbagai jenis dan warna.
Kemudian, saya menceritakan sebuah cerita yang bertajuk “Jika Saya
Menjadi Kupu-kupu”. Cerita tersebut mengisahkan bagaimana seorang budak
perempuan yang ingin menjadi kupu-kupu dan akhirnya hasrat dia terkubur kerana
datangnya seekor kumbang yang jahat. Penghujung cerita ini membawa maksud walau
apa pun yang terjadi, jadilah diri sendiri. Jangan berangan menjadi orang lain.
Setelah itu, saya membawa mereka menonton 昆虫Life秀. Melalui cerita itu
terdapat pelbagai cerita tauladan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ketika mereka
menonton cerita ini, mereka amat teruja dan gembira dengan keadaan ini. Masa
tidak mengizinkan, cerita tersebut sempat ditoton selama 20 minit sahaja. Disebabkan
sikap keterujaan murid-murid, saya mencadangkan untuk menyambung kembali cerita
ini keesokannya.
没有评论:
发表评论