Tarikh: 7 Mei 2014
Hari:
Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Masih dalam tema yang sama seperti sebelum-sebelum ini. Kami ingin membuat satu kraf kerja yang dapat dihadiahkan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu yang berlangsung pada minggu ini.
Maka saya telah mencadangkan beberapa ekor serangga di
atas papan putih sebagai contoh untuk dimasukkan ke dalam kraf kerja
murid-murid nanti.
Setelah itu, saya
memberikan mereka seorang sehelai kertas berwarna. Mereka diarah untuk melukis apa yang
telah saya lukis di atas papan putih. Setelah mereka lukis serangga-serangga
yang berversikan kartun itu, saya mengarahkan murid-murid menggunting serangga
yang dilukis oleh mereka dan masukkan ke dalam suatu bekas.
Masa mencemburui kami. Saya
menjelaskan kepada mereka bahawa masa amat singkat dan perlu menyambung kraf kerja
ini pada hari esok.
没有评论:
发表评论