2014年5月26日星期一

Pemahaman Tentang Arah-arah.


Tarikh: 21 Mei 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Dalam pemerhatian saya yang semalam, masih ada murid yang tidak lagi faham makna PANDANG DEPAN, PANDANG BELAKANG, PANDANG ATAS, PANDANG BAWAH, PANDANG KIRI dan PANDANG KANAN. Jadi, saya mengambil masa yang ada untuk menanyakan lagi mengenai arah-arah tersebut. Bagi mempercepatkan proses pemahaman mereka, saya mengarahkan mereka duduk dalam kumpulan masing-masing untuk bertanding kumpulan mana yang akan mendapat markah lebih pada hari itu. Dengan itu, saya menguji mereka setiap satu kumpulan dengan arah-arah tersebut.

Antara Kumpulan Ais, Air dan Kilat, akhirnya Kumpulan Ais yang memenangi pertandingan itu. Arah-arah yang mereka buat amat sekata dan tidak banyak yang salah. Melalui pertandingan kecil seumpama itu, mereka dapat saling belajar antara satu sama yang lain. Hal ini dapat dilihat ketika salah satu kumpulan melakukan arah-arah yang disebut, ahli kumpulan yang lain memerhatikan pergerakan mereka. Saya dapati mereka belajar melalui kawan mereka.  

Semasa Kumpulan Ais menang dan mendapat markah lebih tinggi dari kumpulan lain, terdapat beberapa ahli kumpulan lain yang tidak puas hati terhadap markah kumpulan mereka. Setelah melihat reaksi mereka, saya mendapat idea untuk membuat pertandingan berpantun antara kumpulan pula. Saya mulakan dengan membacakan pantun berirama dahulu kepada mereka agar mereka dapat mengingat sedikit pantun tersebut. Dengan reaksi yang sangat bersedia, ada seorang murid   bertanya kepada saya “Bila kita nak mulakan?”. Saya hanya tersenyum kerana dapat melihat mereka terlalu gembira dan teruja dangan bacaan pantun yang berirama.

Bacaan mereka sangat tepat beserta dengan intonasi yang betul. Mereka menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Mereka dapat menghafal pantun pertama mereka. Lalu, saya menambah markah kepada mereka setiap satu kumpulan. Sekali lagi, mereka sangat gembira.

Setelah itu, saya menanyakan sekali lagi mengenai ‘Hari’ yang telah mereka pelajari. Masih terdapat murid yang tidak mahir untuk membilang hari. Saya akhiri pembelajaran hari ini dengan peringatan kepada mereka agar mengulang lagi untuk membilang Hari di rumah bersama ayah dan ibu mereka. 

           

没有评论:

发表评论