2014年5月26日星期一

Masih adakah 'Hari Ini' dan 'Esok'. ^_^


Tarikh: 22 Mei 2014
Hari: Khamis
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Pelbagai Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini saya akan menguji mereka mengenai Hari. Setelah mereka mengucap ‘Selamat Petang, Cikgu Nurul’ kepada saya, saya tidak mengarahkan mereka duduk seperti selalu. Tanpa membuang masa, saya menguji mereka seorang demi seorang untuk mengetahui tahap hafalan mereka terhadap Hari. Amat memberangsangkan apabila ramai di antara mereka menunjukkan peningkatan di mana mereka telah dapat menghafal Hari Isnin hingga Hari Ahad.

Kemudian, saya mengajar mereka perkataan baru iaitu ‘Hari Ini’ dan ‘Esok’. Apa yang saya lakukan selepas itu adalah saya menyebut, “Hari ini Hari Isnin, Esok Hari apa?” Ada di antara mereka yang mengetahui jawapannya, namun ada juga yang tidak dapat menjawab soalan tersebut. Saya memperuntukkan masa kira-kira setengah jam untuk memahirkan mereka dengan perkataan ‘Hari’ dan ‘Esok’.
Akhirnya, mereka tahu membezakan soalan-soalan saya dan dapat memberi jawapan yang tepat kepada saya.

Setelah itu, saya menguji sekali lagi pantun berirama yang mereka hafal semalam. Sekali lagi, mereka menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Mereka dapat menghafalnya dengan baik sekali. Malah, mereka dapat menyebut pantun berirama tersebut dengan intonasi yang sangat menarik. Ini amat menggembirakan kerana mereka sangat gembira ketika menyampaikan pantun tersebut.

Apabila pantun yang lepas telah mereka hafal, saya membacakan pantun kedua pula bagi mereka.   
Anak Cina main gelombang,
Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.’

Kelas diakhiri semua murid berdiri dengan menyanyikan lagu ‘Tepuk Amai-amai’.

没有评论:

发表评论