2014年5月30日星期五

Mana, di mana, ke mana mata, hidung dan mulut? ^_^


Tarikh: 26 Mei 2014
Hari: Isnin
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Muka Saya
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Saya mulakan pelajaran hari ini dengan menanyakan di mana mata mereka, di mana mulut mereka, di mana hidung mereka, di mana telinga mereka, di mana lidah mereka, di mana gigi mereka, dan di mana dagu mereka. Mereka semua memberikan jawapan yang berbeza-beza. Hal ini membuktikan mereka masih kurang faham makna-makna itu semua. Jadi, saya mengulangkaji sekali lagi anggota-anggota di bahagian muka kepada mereka.

Sekali lagi, saya menunjukkan di mata mata, hidung, mulut, telinga, lidah dan gigi kepada mereka. Saya juga mengajarkan mereka satu nyanyian kepada mereka mengenai anggota di bahagian muka iaitu:

‘Ini mata. Ini hidung.
Mulut dan Telinga.
Mulut dan Telinga.
Saya ada mata.
Saya ada hidung.
Mulut dan Telinga.
Mulut dan Telinga.’

Saya mendendangkan lagu ini mengikut rentak lagu “Are You Sleeping”. Setelah mereka menyanyikan lagu ini. Barulah saya dapat melihat mereka faham apa itu mata, hidung, mulut dan telinga. Gigi dan lidah adalah anggota muka yang paling mereka senang untuk ingat dan faham. Maka ini telah memudahkan kerja saya. Jadi saya hanya perlu mengajar mereka mata, hidung, mulut dan telinga.

Saya akhiri pelajaran hari ini dengan Pantun Berirama dua kerat.


2014年5月29日星期四

Penutupan Tema Serangga.



Tarikh: 23 Mei 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Pada hari ini, saya akan menamatkan tema serangga untuk kelas ini. Jadi saya telah mengeluarkan semua bekas-bekas serangga keluar kelas. Ada murid yang menanyakan pada saya : “Cikgu, kenapa cepat sangat?”. Saya tersenyum lalu menerangkan kenapa ia perlu ditamatkan dengan segera.

Saya menjelaskan kepada mereka bahawa tema serangga terlalu mendalam bagi mereka. Sepatutnya mereka perlu belajar banyak benda tentang persekitaran. Mereka perlu belajar banyak tentang asas kerana pada tahun hadapan mereka akan naik Darjah 1. Oleh itu, banyak perkara perlu dipelajari bagi menghadapi sekolah rendah pada tahun hadapan.

Sekali lagi, saya mengarahkan mereka berdiri untuk memahirkan arah-arah yang telah mereka pelajari. Saya menanyakan mereka satu persatu.

Saya mengakhiri kelas pada hari ini dengan lagu tepuk amai-amai dan peringatan untuk mereka mempelajari dahulu keadaan muka mereka. saya juga mengarahkan mereka menanyakan ibu dan bapa mereka apa yang berada di muka kita kerana pada minggu hadapan saya akan memulakan tema baru iaitu Muka Saya.   

2014年5月26日星期一

Masih adakah 'Hari Ini' dan 'Esok'. ^_^


Tarikh: 22 Mei 2014
Hari: Khamis
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Pelbagai Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ini saya akan menguji mereka mengenai Hari. Setelah mereka mengucap ‘Selamat Petang, Cikgu Nurul’ kepada saya, saya tidak mengarahkan mereka duduk seperti selalu. Tanpa membuang masa, saya menguji mereka seorang demi seorang untuk mengetahui tahap hafalan mereka terhadap Hari. Amat memberangsangkan apabila ramai di antara mereka menunjukkan peningkatan di mana mereka telah dapat menghafal Hari Isnin hingga Hari Ahad.

Kemudian, saya mengajar mereka perkataan baru iaitu ‘Hari Ini’ dan ‘Esok’. Apa yang saya lakukan selepas itu adalah saya menyebut, “Hari ini Hari Isnin, Esok Hari apa?” Ada di antara mereka yang mengetahui jawapannya, namun ada juga yang tidak dapat menjawab soalan tersebut. Saya memperuntukkan masa kira-kira setengah jam untuk memahirkan mereka dengan perkataan ‘Hari’ dan ‘Esok’.
Akhirnya, mereka tahu membezakan soalan-soalan saya dan dapat memberi jawapan yang tepat kepada saya.

Setelah itu, saya menguji sekali lagi pantun berirama yang mereka hafal semalam. Sekali lagi, mereka menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Mereka dapat menghafalnya dengan baik sekali. Malah, mereka dapat menyebut pantun berirama tersebut dengan intonasi yang sangat menarik. Ini amat menggembirakan kerana mereka sangat gembira ketika menyampaikan pantun tersebut.

Apabila pantun yang lepas telah mereka hafal, saya membacakan pantun kedua pula bagi mereka.   
Anak Cina main gelombang,
Nampak dari Tanjung Jati,
Tuan umpama bunga yang kembang,
Sentiasa hidup di dalam hati.’

Kelas diakhiri semua murid berdiri dengan menyanyikan lagu ‘Tepuk Amai-amai’.

Pemahaman Tentang Arah-arah.


Tarikh: 21 Mei 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Dalam pemerhatian saya yang semalam, masih ada murid yang tidak lagi faham makna PANDANG DEPAN, PANDANG BELAKANG, PANDANG ATAS, PANDANG BAWAH, PANDANG KIRI dan PANDANG KANAN. Jadi, saya mengambil masa yang ada untuk menanyakan lagi mengenai arah-arah tersebut. Bagi mempercepatkan proses pemahaman mereka, saya mengarahkan mereka duduk dalam kumpulan masing-masing untuk bertanding kumpulan mana yang akan mendapat markah lebih pada hari itu. Dengan itu, saya menguji mereka setiap satu kumpulan dengan arah-arah tersebut.

Antara Kumpulan Ais, Air dan Kilat, akhirnya Kumpulan Ais yang memenangi pertandingan itu. Arah-arah yang mereka buat amat sekata dan tidak banyak yang salah. Melalui pertandingan kecil seumpama itu, mereka dapat saling belajar antara satu sama yang lain. Hal ini dapat dilihat ketika salah satu kumpulan melakukan arah-arah yang disebut, ahli kumpulan yang lain memerhatikan pergerakan mereka. Saya dapati mereka belajar melalui kawan mereka.  

Semasa Kumpulan Ais menang dan mendapat markah lebih tinggi dari kumpulan lain, terdapat beberapa ahli kumpulan lain yang tidak puas hati terhadap markah kumpulan mereka. Setelah melihat reaksi mereka, saya mendapat idea untuk membuat pertandingan berpantun antara kumpulan pula. Saya mulakan dengan membacakan pantun berirama dahulu kepada mereka agar mereka dapat mengingat sedikit pantun tersebut. Dengan reaksi yang sangat bersedia, ada seorang murid   bertanya kepada saya “Bila kita nak mulakan?”. Saya hanya tersenyum kerana dapat melihat mereka terlalu gembira dan teruja dangan bacaan pantun yang berirama.

Bacaan mereka sangat tepat beserta dengan intonasi yang betul. Mereka menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Mereka dapat menghafal pantun pertama mereka. Lalu, saya menambah markah kepada mereka setiap satu kumpulan. Sekali lagi, mereka sangat gembira.

Setelah itu, saya menanyakan sekali lagi mengenai ‘Hari’ yang telah mereka pelajari. Masih terdapat murid yang tidak mahir untuk membilang hari. Saya akhiri pembelajaran hari ini dengan peringatan kepada mereka agar mengulang lagi untuk membilang Hari di rumah bersama ayah dan ibu mereka. 

           

2014年5月21日星期三

Pandang ATAS, BAWAH, DEPAN , BELAKANG, KIRI dan KANAN.


Tarikh: 20 Mei 2014
Hari: Selasa
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Sebelum sesi pembelajaran bermula, saya telah mengambil bekas pink yang berisi kepompong untuk dilihat oleh murid-murid yang lain. Didapati tiga lagi kupu-kupu telah muncul. Namun, seekor daripadanya tidak bernyawa. Seperti biasa, kupu-kupu itu telah saya bebaskan keluar tingkap. Telur-telur yang berada di dalam bekas itu telah menetas. Tidak ada lagi isi di dalam telur-telur itu.

Mengikut perjanjian yang dibuat pada minggu lepas, murid-murid akan bertanding sekali lagi untuk menyanyi dan berpantun. Maka, saya telah mengarah murid-murid sekalian untuk pusing kearah belakang untuk menyanyi sekali lagi dengan memandang pada lirik yang ada di belakang kelas. Saya : “Kelas, cuba pandang belakang.” Namun, apa yang dapat saya lihat, semua murid berpegangan tangan sambil membuat satu bulatan yang besar. Di sini, saya mengambil peranan.

Saya tidak mengadakan apa-apa pertandingan buat mereka tapi saya nampak kelemahan mereka. Mereka tidak tahu maksud ‘pandang belakang’. Oleh itu, saya masukkan pelajaran hari ini dengan kata arah yang baru iaitu ‘ATAS’, ‘BAWAH’, ‘DEPAN’, ‘BELAKANG’, ‘KIRI’ dan ‘KANAN’ serta perkataan baru iaitu ‘pandang’. Setelah itu, saya mengarah mereka supaya pandang atas, pandang bawah, pandang depan, pandang belakang, pandang kiri dan pandang kanan.

Sambil saya mengarah mereka dengan perkataan-perkataan tersebut, saya mengarah mereka membuat aksi seperti membelakangkan badan untuk perkataan ‘PANDANG BELAKANG’, memalingkan kepala ke kiri untuk perkataan ‘PANDANG KIRI’, memalingkan kepala ke kanan untuk perkataan ‘PANDANG KANAN’, menundukkan kepala untuk perkataan ‘PANDANG BAWAH’, mendongakkan kepala untuk perkataan ‘PANDANG ATAS’, serta berdiri tegak untuk perkataan ‘PANDANG DEPAN’.


      Mereka berasa sangat seronok dan kelas diakhiri dengan nyanyian lagu Tepuk Amai-amai.

2014年5月20日星期二

Pertandingan Menyanyi dan Berpantun. ^_^


Tarikh: 16 Mei 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Hari ini, kami dikejudkan dengan kemunculan seekor kupu-kupu lagi. Mungkin, telur-telur yang ada sekarang juga bakal menjadi kupu-kupu. Teka-teki kami sebelum ini ternyata salah kerana kebanyakan kepompong telah bertukar menjadi kupu-kupu dan bukan menjadi rama-rama. Dengan rasa berani dan baik hati, Wei Yee telah berjaya melepaskan kupu-kupu itu keluar tingkap dan bebaskan kupu-kupu tersebut.

Kemudian, saya telah membahagikan mereka kepada Kumpulan Belalang, Kumpulan Kumbang Hitam dan Kumpulan Kumbang Merah. Dengan adanya kumpulan-kumpulan tersebut, saya membuat satu pertandingan di mana jikalau mana-mana kumpulan yang berjaya berpantun dan menyanyi dengan bersungguh-sungguh dan sedap didengar, saya akan memberikan markah kepada mereka. Maka, mereka pun bersungguh dalam menghafal lagu ‘Tepuk amai-amai’ dan pantun yang meeka belajar semalam. Secara tak langsung, mereka menjadi suka terhadap lagu ‘Tepuk Amai-amai’ dan pantun.

Setelah itu, saya cuba berbincang bersama murid-murid dengan  mengeluarkan pendapat tentang bagaimana kita perlu menangkap serangga jika alatnya tiada. Ada yang berpendapat, kita guna pensel atau penyapu. Jadi, saya pun memberitahu kepada mereka, alangkah eloknya jika kita cuba buat alat untuk menangkap serangga. secara spontan, mereka pun bersetuju. Saya telah mengeluarkan beberapa idea seperti membuat alat menangkap serangga dengan menggunakan straw. 

Dengan itu, pada minggu hadapan. Saya akan cuba buat satu alat untuk menangkap serangga.

2014年5月16日星期五

Si Belalang dan Si Kupu-kupu Menyanyi Bersama ^_^


Tarikh: 15 Mei 2014
Hari: Khamis
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Untuk memahirkan murid-murid dengan Pantun Berirama, saya telah memperuntukkan selama 15minit yang pertama setiap hari sebelum memulakan pelajaran. Pantun Berirama pada minggu ini berbunyi:

‘ Arak-arak kelapa puan,
Tidak puan kelapa Bali,
Harap kasih kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi. ‘

Setelah itu, saya mengajar mereka satu lagu iaitu ‘Belalang Kupu-kupu’

‘ Tepuk Amai-amai
Belalang Kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak Upah Susu.

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja.’

Saya mengatakan sekiranya mereka dapat nyanyi atau berpantun dengan baik pada hari esok, saya akan memberi mereka markah 1marakah setiap satu kumpulan yang terbaik.

Dengan itu, mereka pun berlatih dengan baik.

2014年5月15日星期四

Apa itu 'Hari' dan Apa itu 'Pantun'??


Tarikh: 14 Mei 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran


Seperti yang dijangkakan, 2 lagi kepompong yang kami bela telah menjadi kupu-kupu. Dengan jangka hayat yang pendek, apabila kepompong telah bertukar menjadi kupu-kupu kami dengan rela melepaskan 2 ekor kupu-kupu tersebut. Seorang daripada murid yang amat berani dan baik hati iaitu Yu Xin telah dengan rela mengambil kupu-kupu tersebut dan melepaskan kupu-kupu tersebut.





Paling menggembirakan kami, terdapat beberapa biji telur yang muncul di dalam kotak pink (bekas yang diletakkan kepompong) tersebut. Ini bermakna, benda-benda keperluan asas seperti makanan, air dan udara amat mencukupi bagi benda hidup di dalam bekas pink itu.




Setelah itu, saya menanyakan pada mereka, masihkah mereka ingat pada hari apakah mereka meletakkan telur dan ulat bulu di dalam bekas itu. Tiada sebarang jawapan dari mereka. Lalu, saya memberikan klu-klu untuk mereka berani buka mulut. Akhirnya, ada beberapa orang murid yang tahu pada hari apakah mereka mula membela serangga itu.

Dalam keghairahan memberi jawapan hari apakah yang terlibat, saya mendapati murid-murid tidak mahir dengan hari-hari. Maka, saya mengajar mereka hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan saya juga mengajar mereka sekiranya hari ini Hari Rabu, esok pula hari Selasa. Jika hari ini ialah hari Rabu, esok pula hari Khamis. Maka, secara tak langsung mereka tahu maksud perkataan ‘Hari ini’ dan ‘Esok’

Selepas itu, saya mengajar mereka pantun berirama. Saya telah menerangkan pada mereka bahawa pantun perlu dibaca setiap hari dengan satu minggu satu pantun. Ini dapat menggalakkan mereka tahu membaca pantun dengan betul dan tepat serta berirama.

Kemudian, timggal hanya 20 minit untuk menghabiskan waktu di kelas. Megikut perjanjian. permainan cantuman gambar yang telah mereka main pada minggu lepas, akan dimainkan lagi pada minggu ini. Jadi, saya mengambil keputusan dengan masa yang ada, saya memberi peluang kepada mereka mengasah otak untuk bermain permainan cantuman gambar atau ‘puzzle’.


Kelas diakhiri dengan mengeluarkan kembali perbendaharaan kata yang telah dibaca.       

2014年5月8日星期四

Kraf Kerja Sempena Hari Ibu 2

Tarikh: 8 Mei 2014
Hari: Khamis
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Bagi menghangatkan lagi tema kami pada kali ini, Wei Yee telah membawa dua bekas  kelas. Satu bekas berisi labah-labah dan satu lagi bekas berisi kutu beras. Dia membawa ke kelas adalah untuk berkongsi pengalaman bersama murid yang lain. Menurutnya, bapanya telah menolong dia menangkap serangga-serangga tersebut.




Lebih menggembirakan kami semua pada hari ini ialah salah seekor daripada  9 ekor kepompong yang kami bela telah berubah. Ia telah berubah menjadi kupu-kupu! Maka, terjawablah sudah persoalan mengenai apakah yang akan terjadi selepas ulat bulu menjadi kepompong. Untuk pengetahuan anda, jangka hayat bagi seekor kupu-kupu atau rama-rama adalah lebih kurang selama 14 hari. Jadi kami bersepakat untuk melepaskan kupu-kupu tersebut ke udara. Yang menggelikan hati kami, kupu-kupu itu tidak terbang keluar. Dia hanya hinggap di salah sebuah kotak didalam kelas.


Terdapat juga seorang murid iaitu Yan Shi Yong yang membawa buku cerita bagi berkongsi cerita bersama rakan yang lain di dalam kelas.


Kelas diakhiri dengan penyambungan kraf kerja sempena Hari Ibu. 





2014年5月7日星期三

Kraf Kerja Sempena Hari Ibu

Tarikh: 7 Mei 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Masih dalam tema yang sama seperti sebelum-sebelum ini. Kami ingin membuat satu kraf kerja yang dapat dihadiahkan kepada ibu masing-masing sempena Hari Ibu yang berlangsung pada minggu ini.


        Maka saya telah mencadangkan beberapa ekor serangga di atas papan putih sebagai contoh untuk dimasukkan ke dalam kraf kerja murid-murid nanti.


                Setelah itu, saya memberikan mereka seorang sehelai kertas berwarna. Mereka diarah untuk melukis apa yang telah saya lukis di atas papan putih. Setelah mereka lukis serangga-serangga yang berversikan kartun itu, saya mengarahkan murid-murid menggunting serangga yang dilukis oleh mereka dan masukkan ke dalam suatu bekas.




               Masa mencemburui kami. Saya menjelaskan kepada mereka bahawa masa amat singkat dan perlu menyambung kraf kerja ini pada hari esok.  

Gelagat Serangga di Alam Maya 2

Tarikh: 6 Mei 2014
Hari: Selasa
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Seperti yang dijanjikan semalam, penyambungan cerita di dalam cd iaitu ‘Kehidupan Serangga’ akan dijalankan hari ini. Sebelum itu, saya telah mengeluarkan perbendaharaan seperti Kumbang, Lebah, Labah-labah serta Lelabah, Rama-rama, Kupu-kupu, Sesungut, Sayap, Madu, Telur, dan Kepompong untuk mengingatkan murid-murid sekalian.

            Saya mengarahkan murid-murid untuk membaca dan menyebut apa maksud perkataan-perkataan itu dalam bahasa Inggeris. Saya buat suatu aktiviti bagi merancakkan pelajaran hari ini. Saya dapat melihatkan mereka amat seroniok dan teruja dengan perbendaharaan baru seperti Madu dan Sayap.


            Setelah itu, saya menyuruh mereka turun ke bawah untuk menghabiskan cerita dalam cd semalam.

2014年5月6日星期二

Gelagat Serangga di Alam Maya


Tarikh: 5 Mei 2014
Hari: Isnin
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Berlalu sudah seminggu, kepompong yang kami nanti masih lagi seperti keadaan asal. Semuanya masih menjadi kepompong. Murid-murid masih menanti dengan penuh sabar.

Kelas kami pada hari ini dimulakan dengan menanyakan kepada siapa-siapa yang ada membawa kumbang ke kelas. Namun, tiada yang membawa hari ini. Saya juga bertanyakan kepada sesiapa yang mahu berkongsi pengalaman tentang kumbang. Masih juga tiada siapa yang mahu keluar. Mereka hanya membisu dan tersengih-sengih.

Jadi, saya mulakan dengan menunjukkan sebuah buku yang bertajuk ‘Amazing Insect’ atau Serangga Yang Mempesona. Saya memberitahu walaupun yang diajar dan diketahui hanyalah nama-nma serangga, namun terdapat pelbagai jenis belalang yang terdiri daripada belalang, lebah, lelabah dan rama-rama. Saya mengatakan dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis mahkluk antaranya ialah serangga yang terdiri daripada pelbagai jenis dan warna.

Kemudian, saya menceritakan sebuah cerita yang bertajuk “Jika Saya Menjadi Kupu-kupu”. Cerita tersebut mengisahkan bagaimana seorang budak perempuan yang ingin menjadi kupu-kupu dan akhirnya hasrat dia terkubur kerana datangnya seekor kumbang yang jahat. Penghujung cerita ini membawa maksud walau apa pun yang terjadi, jadilah diri sendiri. Jangan berangan menjadi orang lain.

Setelah itu, saya membawa mereka menonton 昆虫Life. Melalui cerita itu terdapat pelbagai cerita tauladan yang sesuai untuk kanak-kanak. Ketika mereka menonton cerita ini, mereka amat teruja dan gembira dengan keadaan ini. Masa tidak mengizinkan, cerita tersebut sempat ditoton selama 20 minit sahaja. Disebabkan sikap keterujaan murid-murid, saya mencadangkan untuk menyambung kembali cerita ini keesokannya. 





2014年5月5日星期一

Pencantuman Serangga a.k.a Puzzle

Tarikh: 2 Mei 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran
Hari ini kami mendapati kesemua ulat bulu yang kami bela telah menjadi kepompong. Perasaan gembira telah terpancar oleh semua murid di dalam kelas ini. Tiada kata yang lebih indah selain hanya menantikan kehadiran sang kupu-kupu atau rama-rama tidak lama lagi.

Dalam pada itu, seorang lagi murid iaitu Zhen Yuan telah membawa seekor kumbang ke kelas pada hari ini untuk berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan yang lain. Menurutnya, bapanya telah menangkap serangga itu di rumah. Mereka tidak berasa sukar untuk menangkap serangga itu kerana serangga itu hanya duduk diam di atas meja. Lalu, mereka menangkapnya.

Telah dijanjikan pada mereka bahawa hari ini saya akan membuat suatu aktiviti menyantum gambar atau puzzle. Saya bahagikan mereka kepada dua kumpulan. Dengan meletakkan satu kumpulan seramai 8 orang, mereka menyantum gambar serangga. Dengan aktiviti seperti ini menggalakkan mereka megasah minda agar lebih berfikir sebelum membuat sesuatu.


Mereka menampakkan sifat kerjasama apabila mereka saling menbantu antara satu sama lain ketika aktiviti tersebut dijalankan. Bahkan mereka juga bergilir-gilir menyiapkan cantuman gambar serangga seorang demi seorang. Aktiviti ini sebenarnya bukan bertujuan untuk bertanding siapa yang paling cepat dalam mencantumkan gambar, tetapi aktiviti ini secara tak langsung melahirkan sikap sabar dan toleransi dalam berkumpulan. Mereka mengambil masa selama 30minit dalam aktiviti ini.



Sebelum kelas berakhir, saya menyampaikan hasrat kepada murid-murid tentang tajuk rama-rama telah habis dibincangkan. Maka, saya memberitahu bahawa saya ingin melakukan undian untuk mengetahui siapa yang bersetuju dengan kenyataan saya. Akhirnya, 13 orang daripada 18 orang yang hadir pada hari ini telah bersetuju untuk tukar ke serangga yang lain. Mereka juga telah memilih kumbang sebagai tajuk pada minggu hadapan.

Penghasilan Proses Rama-rama

Tarikh: 30 April 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran
Pembelajaran hari ini dimulakan dengan mengeluarkan perbendaharaan kata yang diajar dalam tema ini. Antaranya ialah ulat bulu, kepompong, telur, rama-rama, kupu-kupu, sayap, rumput, daun, sesungut, lipas, dan kumbang.

Terdapat beberapa orang murid yang masih tidak melaksanakan proses putaran rama-rama di atas pinggan kertas. Oleh itu, mereka ini diberi peluang untuk menyiapkan kraftangan mereka. Sementara itu, murid yang lain diarah untuk menampal kraftangan yang telah selesai di papan kenyataan yang berada di belakang kelas mereka. Dari pemerhatian saya, beberapa pinggan kertas telah dipilih untuk dilekatkan. Pinggan kertas mereka dipilih kerana ia lebih menyerlah dari yang lain. Ini dapat melahirkan perasaan yang bersungguh pada masa akan dating terhadap sesuatu kerja yang disuruh kepada mereka.


      Setelah itu, aktiviti seterusnya ialah masing-masing menceritakan pengalaman mereka pada minggu ini yang berkisar tentang serangga. Kelas pun bersurai.