2014年8月4日星期一

Hai, kawan!



Hari : Isnin
Tarikh : 4hb Ogos 2014
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tajuk : Sesi Dialog Perkenalan

Proses Pembelajaran

Pada hari ini, saya telah mencuba sesuatu yang lain bagi mereka. Saya telah membuat sesi dialog bersama mereka. melihatklan meeka kurang bercakap dalam Bahasa Melayu, saya telah memberikan mereka latihan berkomunikasi. Saya telah membuat beberapa dialog untuk proses perkenalan.

Antaranya:

A: Siapakah nama kamu?
B: Nama saya……………………
C: Berapakah umur kamu?
D: Umur saya enam tahun.

Saya telah mengarahkan mereka berpasang-pasangan. Setiap dari mereka disuruh menyoal pasangan mereka dengan soalan ini. Ini adalah untuk mereka dapat membiasakan diri dengan soalan lazim seperti ini.

Seterusnya, saya mengarahkan mereka membuat latihan. Latihan yang dapat membezakan antara fungsi tangan dan fungsi kaki. Latihan yang berada di buku latihan amat menggalakkan mereka kerana mereka dapat mengenal pasti beberapa aktiviti yang baru dan juga perkataan baru seperti ‘menyepak bola’.


没有评论:

发表评论