2014年8月12日星期二

Mari kenal tubuh kita.



Tarikh : 11hb Ogos 2014
Hari : Isnin
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tajuk : Tubuh Saya
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Pada hari ini, saya telah menukar tema baru iaitu tubuh saya. Saya memperkenalkan perkataan baru seperti siku, perut, pusat, pinggul dan betis. Apabila diajar, mereka seperti mengenal perkataan-perkataan ini dan tahu maknanya. Seorang dari murid memberitahu:

Yi Hong: Cikgu, kami sudah tahu. Kita belajar lain.

Setelah mendapat tahu Yi Hong berkata demikian, saya pun meminta mereka memilih tema apa yang sesuai dan yang mereka minat.

Ada yang memilih tema warna, ada juga yang memilih tema dinasour, ada juga yang memilih tema ‘Transformers’, ada di antaranya yang memilih tema lori, ada pula yang memilih tema kereta. Akhirnya, saya memilih tema kenderaan sebagai tema baru mereka.

Saya mengajar mereka maksud ‘Kenderaan’. Saya meletakkan beberapa nama kenderaan yang ada seperti motokar, bas, kapal terbang, motorboat, kapal laut, kereta kuda, kereta lembu, basikal, helicopter, taxi, kereta api, roket, beca. Sampan, lori dan kereta.

Saya akhiri pembelajaran hari ini dengan mengarahkan mereka mencari nama-nama kenderaan yang mereka tahu bersama ibu bapa di rumah.  

没有评论:

发表评论