Tarikh: 8hb Ogos 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Proses Kenal-mengenali
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Semalam adalah hari mereka menonton cerita moral
melaui cerita Upin dan Ipin. Sebanyak dua siri telah saya paparkan kepada
mereka. Siri pertama iaitu Upin, Ipin dan Apin. Manakala, siri kedua iaitu
Kenangan Manis. Jadi pada hari ini, saya mengarahkan beberapa murid untuk
menceritakan balik cerita tersebut dan juga nilai-nilai murni yang terdapat
dalam cerita tersebut.
Pada mulanya, saya mengarahkan Yi Hong untuk ke depan
dan ceritakan apa yang dia faham tentang cerita itu. Saya juga menyuruh dia
untuk mengeluarkan beberapa nila-nilai murni sebagai pengajaran kepada
murid-murid. kemudian diikuti oleh Ryan Lim dan Xin Yi.
没有评论:
发表评论