Tarikh: 5hb Ogos 2014
Hari: Selasa
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Proses Kenal-mengenali
Masa: 4.00-5.00 PM
Proses Pembelajaran
Hari ini, saya telah mulakan satu aktiviti
yang menyeronokkan iaitu mereka berpasang-pasangan menanya sesuatu kepada kawan
mereka. Seperti mereka sedang berdialog. Pada mulanya, saya telah memberikan
dua helai kertas iaitu kertas jingga dan kertas ungu. Saya mengarahkan mereka
mengeluarkan kertas jingga terlebih dahulu. Saya menyuruh mereka menulis “Siapa nama kamu?” pada sebelah depan kertas jingga. Kemudian, pada sebelah
belakang kertas jingga saya mengarah mereka menulis “Nama saya…(nama
masing-masing)……”
Setelah itu, saya mengarahkan mereka mengeluarkan
sehelai kertas lagi iaitu kertas ungu untuk ditulis. Saya mengarahkan mereka
menulis pula “Berapa umur kamu?” pada sebelah depan kertas tersebut. Pada
sebelah belakang kerats pula saya mengarahkan mereka menulis “Umur saya enam
tahun.” Setelah itu, saya mengajar mereka menyebut dengan betul.
Kemudian, saya mengarahkan mereka berbaris. Mereka
diarah berbaris dengan dua barisan. Masing-masing bersama dengan pasangan
mereka. Saya juga menyuruh mereka menanya soalan kepada pasangan mereka yang
berada di depan dengan lembut dan bersopan-santun. Mereka telah berjaya
menyelesaikan tugasan mereka hari ini.
Saya berharap dengan aktiviti sebegini dapat membantu mereka semasa berdepan dengan orang ramai.
没有评论:
发表评论