2014年8月7日星期四

Menonton Upin dan Ipin.



Tarikh: 7hb Ogos 2014
Hari: Khamis
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Proses Kenal-mengenali
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran

Setelah selesai melakukan aktiviti berdialog semalam, saya telah menayangkan mereka cerita Upin dan Ipin. Hal ini adalah demi menaikkan mood pelajar. Ia membolehkan pelajar bukan sahaja memahirkan proses mendengar, ini juga dapat membuatkan mereka cuba berkomunikasi dengan lebih baik setelah mendengar beberapa perkataan di dalam siri Upin dan Ipin itu.

Pada siri pertama, saya menayangkan mereka cerita Upin dan Ipin yang bertajuk: Upin, Ipin dan Apin. Manakala siri kedua yang saya tayangkan pada mereka bertajuk: Kenangan Manis.

Dalam siri pertama, ia mengisahkan Upin dan Ipin bersama kawan-kawannya telah menjumpai seekor kucing di dalam semak. Oleh kerana hujan akan turun sebentar lagi, mereka telah membuat satu rumah kecil yang diperbuat daripada daun kepada anak kucing tersebut. Mereka pun bergegas pulang ke rumah kerana hujan akan turun sebentar lagi. Rupa-rupanya, anak kucing tersebut mengekori mereka ke rumah. Anak kucing tersebut telah mengekori Upin dan Ipin pulang ke rumah.

Akhirnya, mereka pun bersetuju untuk membawa pulang dan ingin menjaga anak kucing itu. Klimak cerita ini adalah di waktu kakak Upin dan Ipin tidak membenarkan mereka menjaga anak kucing tesebut. Tetapi setelah mereka memujuk rayu kakak mereka, akhirnya kakak mereka pun membenarkan mereka menjaga anak kucing itu. Anak kucing itu diberi nama ‘Apin’. Setelah lama mereka menjaga, suatu hari ketika pulang dari sekolah mereka terkejut kerana Apin tiada di rumah. Rupa-rupanya, Apin telah menjumpai ibunya. Pengakhiran cerita ini berlaku di mana Apin dan ibunya akhirnya dijaga oleh Upin dan Ipin.

  Siri kedua cerita Upin dan Ipin yang bertajuk kenangan manis pula mengisahkan kelas Upin dan Ipin mendapat tempat pertama dalam pertandingan kebersihan kelas. Guru besar akan datang ke kelas mereka dan akan mengambil gambar kelas bersama mereka. Oleh itu, mereka diarah untuk berpakaian kemas dan bersih semasa mgambil gambar kelas nanti. Dalam masa yang sama, Upin dan Ipin balik ke rumah dan memberitahu pada keluarga mereka tentang itu.

Setelah mengetahui cerita itu, kakak mereka memerli mereka kerana bilik tidur mereka pun tidak berkemas manakan pula kelas mereka dapat mendapat tempat pertama dalam pertandingan kebersihan antara kelas. Akhirnya mereka diarah untuk mengemas bilik mereka sendiri. Setelah itu, mereka berkemas dengan bersungguh-sungguh dengan harapan dapat memakai baju baru ke sekolah esok hari. Amat menyedihkan apabila tukang gambar tidak jadi datang pada hari itu. Tetapi dengan kemunculan kawan baru mereka, mereka dapat mengambil gambar kelas dengan cantik sekali.   




没有评论:

发表评论