2014年4月23日星期三

Proses seekor rama-rama dan pelepasan Ratu Semut


Tarikh: 23 April 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Tee dan Cikgu Nurul
Tema: Pelbagai Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran
Pada pagi ini, dua daripada tiga ekor ulat bulu yang dipelihara oleh murid-murid telah berjaya bertukar menjadikan kepompong. Cikgu Tee memberi peluang untuk setiap orang murid-murid supaya melihat kejadian kepompong. Selepas itu, kami berjaya menangkap seekor semut yang bersaiz lebih besar daripada saiz biasa, ia dipanggil ‘Ratu Semut’. Bentuk semut itu sangat besar dan mempunyai sayap di kedua-dua belah kepak. Rupanya yang lebih berganda besarnya daripada semut biasa amat mengagumkan kami. Maka, kami telah bercadang untuk membelanya bagi memperoleh hasil dalam menjayakan pelajaran tematik kami.

       Selang beberapa jam selepas itu, di waktu tengah hari, kami terlihat suatu kejadian di mana ‘Ratu Semut’ itu telah menghasilkan telur. Dengan ini, kami telah berbincang bersama untuk mendapatkan keputusan, apa yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan telur itu dan dalam masa yang sama juga menyelamatkan ‘Ratu Semut’ itu. Akhirnya, demi mengekalkan habitat semula jadi ‘Ratu Semut’ itu, kami sepakat melepaskan ‘Ratu Semut’ itu di kebun sebelah sekolah kami. Kami melepaskan ‘Ratu Semut’ itu di dalam sebuah lubang yang seakan-akan lubang semut untuk mereka membiak seperti lazimnya.

       Pengajaran dijalankan seperti biasa. Selesai sahaja di kebun, sayaCikgu Nurul menceritakan suatu kisah yang berkisar tentang kehidupan sebelum dan semasa menjadi rama-rama. Ia diambil dari sebuah buku yang bertajuk “The Very Hungry Caterpillar” yang ditulis oleh Eric Carle. Cerita itu mengisahkan bagaimana seekor telur yang kecil yang berada di atas daun pada suatu malam, telah menjadi seekor ulat bulu pada keesokan harinya. Namun, apabila menjadi ulat bulu, ia hidup kelaparan selama seminggu walaupun telah makan pelbagai jenis makanan. Akhirnya, selepas ia makan beberapa gigit daun-daun kecil, ia menjadi gemuk. Barulah ia sedar bahawa ia hanya perlu makan daun untuk mengisi perutnya yang lapar. Keesokan harinya, ia tiba-tiba berubah menjadi kepompong. Dari menjadi kepompong, barulah ia menjelma menjadi seekor rama-rama yang cantik dengan kembangan kepaknya yang berwarna-warni. 

       Melalui pemerhatian saya, saya dapati murid-murid semua teruja dengan proses sebelum dan selepas menjadi rama-rama. Beberapa perkataan telah mereka pelajari seperti telur, ulat bulu, kepompong dan rama-rama.



 Apabila kami sedang melepaskan Ratu Semut.



         Masa membaca buku cerita. 

没有评论:

发表评论