2014年4月28日星期一

Pelepasan Kriket dan Proses Rama-rama


Tarikh: 25 April 2014
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Tee dan Cikgu Nuru
Tema: Pelbagai Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM 

Proses Pembelajaran
Pada hari semalam (Khamis, 24 April 2014), kami telah membuat keputusan sekiranya kriket-kriket Wen Xuan telah mati beberapa ekor, dia telah berjanji untuk mlepaskan kriket-kriketnya. Akhirnya, hari ini dia sendiri telah menyatakan hasrat dia bahawa dia ingin melepaskan kriket-kriketnya tanpa syarat. Dengan membawa rakan-rakan yang lain ke kebun di sebelah sekolah, dengan berat hati Wen Xuan pun melepaskan kriket-kriketnya.





       Pembelajaran diteruskan dengan suatu kraftangan yang menunjukkan proses kehidupan seekor rama-rama dari sebiji telur hinggalah menjadi seekor rama-rama.        Hari ini mereka memulakan proses itu dengan saya memberikan mereka seorang sekeping pinggan kertas. Pada mulanya, saya mengarahkan mereka menulis nama masing-masing di belakang pinggan kertas itu. Kemudian, pinggan kertas itu saya bahagikan kepada 4 empat bahagian seperti:





Seterusnya, saya mengarahkan mereka menulis di atas kepingan kertas yang berwarna. Saya mengarahkan mereka menulis TELUR, ULAT BULU, KEPOMPONG dan RAMA-RAMA di atas kertas berwarna tersebut.        Kemudian, murid sekalian diarahkan menggunting kertas berwarna tersebut dan menampalnya di atas pinggan kertas yang dibahagikan 4 itu. Setiap bahagian akan ditampal dengan kepingan kertas berwarna yang telah digunting mengikut susunan proses rama-rama.





 


 Masa berlalu dengan cepat. Akhirnya, mereka telah selesai menampal kertas berwarna tersebut. Kelas diakhiri dengan aktiviti tersebut.    

没有评论:

发表评论