2014年4月28日星期一

Perbezaan Antara Rama-rama dan Kupu-kupu


Tarikh: 28 April 2014
Hari: Isnin
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Tee dan Cikgu Nurul
Tema: Kepelbagaian Warna Serangga
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran
Hari ini, Zhen Yuan telah membawa satu bekas yang mengandungi beberapa biji telur kupu. Dia membawanya ke sekolah adalah untuk berkongsi pengalaman bersama rakan yang lain. Menurut Zhen Yuan, dia dan emaknya ternampak telur kupu-kupu berada di atas suatu tempat di dalam rumah. Maka, mereka telah mencadangkannya untuk dibawa ke sekolah. Dengan itu, pada hari ini Zhen Yuan telah membawa ke sekolah untukl berkongsi pengalaman bersama rakan yang lain.

       Terdapat juga seorang murid iaitu Yu Xin telah membawa 3 ekor ulat bulu dan juga seekor kepompong ke sekolah. Dengan persetujuan semua murid, saya telah memindahkan ulat bulu yang baru tiba dan juga kepompong ke dalam bekas pink. Akhirnya, apabila dilihat kembali di dalam bekas pink itu, terdapat 4 ekor ulat bulu dan juga 4 ekor kepompong kesemuanya. Saya mengatakan kemungkinan kepompong itu akan jadi kupu-kupu. Ini membuatkan semua murid agak kecewa. Jadi, untuk melihat kebenaran kata-kata saya, mereka perlu menunggu lagi 8 hari untuk melihat prose situ bertukar rama-rama atau kupu-kupu. Hal ini kerana proses kepompong menjadi kupu-kupu atau rama-rama perlu memakan masa lebih kurang 14 hari. Oleh itu, saya mengarahkan semua murid perlu bersabar dalam menanti hari tersebut. Saya amat gembira melihat reaksi masing-masing, kerana mereka tampak lebih bersemangat setelah itu.

Saya telah menerangkan perbezaan antara rama-rama dan kupu-kupu bersama murid-murid yang lain. Saya mengatakan kupu-kupu ulatnya akan kelihatan berbulu manakala rama-rama ulatnya akan kelihatan tidak berbulu. Oleh itu, ulat-ulat bulu yang ada dalam bekas pink itu saya menganggapnya sebagai bakal menjadi seekor kupu-kupu memandangkan ulatnya kelihatan berbulu. Sekali lagi, masing-masing menunjukkan reaksi muka yang ternanti-nanti akan proses tumbesaran kepompomg tersebut.

Aktiviti seterusnya dijalankan dengan mengarahkan murid-murid sekalian beratur ke bawah dengan mengambil 3 keping daun untuk dilekatkan di atas pinggan kertas yang telah dibuat pada hari Jumaat yang lepas. Akhirnya, mereka menampal daun-daun tersebut di atas pinggan kertas masing-masing. Kelas diakhiri dengan aktiviti ini.    





没有评论:

发表评论