2014年8月14日星期四

Pengangkutan di dunia.



Tarikh : 12hb Ogos 2014
Hari : Selasa
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tajuk : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Saya mulakan pembelajaran hari ini dengan tema yang baru dipilih semalam iaitu tema kenderaan. Namun, apabila diamati secara halus ia lebih sesuai dinamakan tema pengangkutan.

Pada hari ini, saya telah mengajar mereka 3 jenis pengangkutan iaitu pengangkutan darat, pengangkutan laut dan pengangkutan udara. Saya membahagikan beberapa kenderaan kepada 3. Kenderaan yang berada di darat, laut dan udara.

Kenderaan atau pengangkutan di darat ialah kereta, van, lori, taxi, ambulan, bomba, basikal dan kereta polis. Kenderaan atau pengangkutan di laut ialah kapal laut, kapal selam, kapal layar dan motorbot. Kenderaan atau pengangkutan udara ialah kapal terbang dan jet.

Kemudian, saya mengakhiri pengajaran saya dengan menceritakan sedikit perkembangan pengangkutan-pengangkutan di dunia melalui sebuah buku cerita. Dari situ, murid-murid dapat melihat proses-proses pembaharuan yang dibuat oleh kilang-kilang perindustrian di dunia.

没有评论:

发表评论