2014年8月14日星期四

Kereta Kecil



Tarikh : 13hb Ogos 2014
Hari: Rabu
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tajuk : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Saya mulakan hari ini dengan mengulangkaji apa yang dipelajari semalam. Saya bertanyakan sekali lagi apa maksud pengangkutan dan berapa jenis pengangkutan yang telah dipelajari. Semua dapat menjawab dengan betul.

Kemudian, saya membaca serba sedikit buku yang telah dibawa oleh Zhen Yuan. Buku yang bertajuk ‘Cars’. Ia menceritakan kereta-kereta lama yang ada di dunia hingga kini.

Setelah itu, saya membawa mereka menonton video lagu ‘Kereta Kecil’ untuk mereka pelajari. Lagu tersebut berbunyi:


Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah.
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek.


Kerana lagunya yang agak rancak, murid-murid berkali-kali menyanyikan lagu tersebut.

没有评论:

发表评论