2014年8月6日星期三

Berlakon pula!



Tarikh: 6hb Ogos 2014
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru Pendidik: Cikgu Nurul
Tema: Proses Kenal-mengenali
Masa: 4.00-5.00 PM

Proses Pembelajaran
       
Bagi menonjolkan kemahiran mereka dalam berkomunikasi, saya telah mengadakan dialog untuk mereka berlakon pada hari ini. Seperti semalam, mereka telah dibahagikan secara berpasang-pasangan. Mereka diarah untuk berlakon di depan kelas berdepan dengan rakan-rakan yang lain. Ini mengambil masa yang agak lama. Namun begitu, tidak semua pelajar berpeluang ke depan. Lebih menguji meeka, saya telah mengadakan perlawanan antara kumpulan. Kumpulan yang terbaik akan diberi markah.
       
Saya telah membuat satu lakonan terlebih dahulu di depan mereka. Setelah mereka faham, mereka mula berlakon. Antara dialog yang saya reka ialah:

A:  Hai.
B:  Hai.
A:  Selamat petang.
B:  Selamat petang.
A: Siapa nama awak?
B: Nama saya …..(nama masing-masing)… .
A:  Berapa umur kamu?
B:  Umur saya enam tahun.
A:  Terima kasih.
B:  Sama-sama.

Pasangan pertama yang memulakan lakonan ialah Yi Hong dan Hui Qi. Kemudian, diikuti pula oleh Ru Yin dan Zhen Yu. Seterusnya, Ryan Lim dan Wei Yee. Ketiga-tiga pasangan ini berjaya melakonkan watak mereka dengan baik. Akhirnya, kumpulan mereka yang mendapat markah bagi kumpulan yang terbaik dalam melakonkan lakonan itu.


没有评论:

发表评论