Tarikh : 6hb Januari 2015
Hari: Selasa
Kelas: Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema: Keunikan Serangga
Masa : 3.00-4.00 pm
Proses Pembelajaran
Setelah murid-murid berbincang sesama mereka, mereka telah sepakat untuk
memilih tema serangga. Jadi saya telah membuat tema ini menjadi lebih menarik
dengan meletakkan tema ini dengan nama ‘Keunikan Serangga’.
Mereka telah mahir serba sedikit tentang tema ini cuma saya mahu
memperkenalkan ia melalui bahasa Malaysia. Saya cuba melukis beberapa serangga
di papan tulis. Antaranya ialah rama-rama. kupu-kupu, lalat, semut, lipas,
lebah dan ulat bulu.
Setiap serangga yang saya sebut di atas, saya lukiskan satu-persatu. Setelah
saya sebut nama-nama serangga di atas, saya melukisnya supaya mereka tahu apa
nama serangga itu.
Selain itu, saya cuba menanya dari mereka bagaimana bunyi
serangga-serangga itu. Ada di kalangan mereka yang tahu bunyinya. Ada yang
tidak.
Saya akhirkan kelas saya dengan menyuruh mereka agar balik rumah tanya pada ibu bapa apa serangga yang wujud di rumah。
没有评论:
发表评论