Tarikh : 7hb Januari 2015
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema: Keunikan Serangga
Masa : 3.00-4.00 pm
Proses Pembelajaran
Saya memulakan kelas dengan mengingatkan kembali apa yang telah diajar
semalam. Nama-nama serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, semut, lipas, lebah
dan ulat bulu, mereka dapat menyebutnya. Malah, ada di kalangan mereka yang
mahir dalam mengeja perkataan-perkataan tersebut.
Hari ini, saya lebih menekankan ‘kumbang’ iaitu sejenis serangga yang
kecil dan berbintik-bintik di badannya. Saya menanyakan apa yang serangga itu
makan bagi melangsungkan kehidupannya. Ada yan menjawab “makan daun, cikgu.” “minum
air, cikgu” “makan oren, cikgu” dan bermacam-macam lagi jawapan yang telah saya
dengar dari mulut mereka.
Setelah itu, saya membawa mereka melihat kumbang-kumbang di dalam web. Saya
menunjukkan bermacam jenis kumbang yang ada di dunia. Yang mereka tahu, kumbang
hanya berwarna merah. Tetapi apabila diselediki kumbang juga mempunyai warna
kuning.
Akhirnya, saya telah mengajak mereka untuk membuat kraftangan kumbang
kuning. Mereka bersetuju. Maka saya telah berikan setiap mereka sehelai kertas
kuning. Mereka membuatnya dengan gembira kerana hari ini juga mereka belajar
cara untuk menggunting bulatan. Esok, akan kami sambung lagi kraftangan ini.