2015年1月11日星期日

Kumbang kuningku sudah boleh terbang!


Tarikh : 8hb Januari 2015
Hari: Jumaat
Kelas: Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema: Keunikan Serangga
Masa : 3.00-4.00 pm

Proses Pembelajaran

Hari ini, saya menyambung kembali kraftangan kami. Iaitu kumbang kuning. Kami telah membuat kaki kumbang kuning hari ini. Setelah itu, kami juga membuat mata kumbang kuning arini.


 



Akhirnya, selesai juga kumbang kuning kami pada hari ini. kami memperuntukkan kraftangan ini selama 2 hari. Dan ia sedia diterbangkan. ^_^

2015年1月7日星期三

Cantiknya kumbang!

Tarikh : 7hb Januari 2015
Hari: Rabu
Kelas: Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema: Keunikan Serangga
Masa : 3.00-4.00 pm

Proses Pembelajaran

Saya memulakan kelas dengan mengingatkan kembali apa yang telah diajar semalam. Nama-nama serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, semut, lipas, lebah dan ulat bulu, mereka dapat menyebutnya. Malah, ada di kalangan mereka yang mahir dalam mengeja perkataan-perkataan tersebut.

Hari ini, saya lebih menekankan ‘kumbang’ iaitu sejenis serangga yang kecil dan berbintik-bintik di badannya. Saya menanyakan apa yang serangga itu makan bagi melangsungkan kehidupannya. Ada yan menjawab “makan daun, cikgu.” “minum air, cikgu” “makan oren, cikgu” dan bermacam-macam lagi jawapan yang telah saya dengar dari mulut mereka.

Setelah itu, saya membawa mereka melihat kumbang-kumbang di dalam web. Saya menunjukkan bermacam jenis kumbang yang ada di dunia. Yang mereka tahu, kumbang hanya berwarna merah. Tetapi apabila diselediki kumbang juga mempunyai warna kuning.


Akhirnya, saya telah mengajak mereka untuk membuat kraftangan kumbang kuning. Mereka bersetuju. Maka saya telah berikan setiap mereka sehelai kertas kuning. Mereka membuatnya dengan gembira kerana hari ini juga mereka belajar cara untuk menggunting bulatan. Esok, akan kami sambung lagi kraftangan ini.  










2015年1月6日星期二

Uniknya serangga. Saya suka serangga. ^_^

Tarikh : 6hb Januari 2015
Hari: Selasa
Kelas: Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema: Keunikan Serangga
Masa : 3.00-4.00 pm

Proses Pembelajaran

Setelah murid-murid berbincang sesama mereka, mereka telah sepakat untuk memilih tema serangga. Jadi saya telah membuat tema ini menjadi lebih menarik dengan meletakkan tema ini dengan nama ‘Keunikan Serangga’.

Mereka telah mahir serba sedikit tentang tema ini cuma saya mahu memperkenalkan ia melalui bahasa Malaysia. Saya cuba melukis beberapa serangga di papan tulis. Antaranya ialah rama-rama. kupu-kupu, lalat, semut, lipas, lebah dan ulat bulu.

Setiap serangga yang saya sebut di atas, saya lukiskan satu-persatu. Setelah saya sebut nama-nama serangga di atas, saya melukisnya supaya mereka tahu apa nama serangga itu.   

Selain itu, saya cuba menanya dari mereka bagaimana bunyi serangga-serangga itu. Ada di kalangan mereka yang tahu bunyinya. Ada yang tidak.

Saya akhirkan kelas saya dengan menyuruh mereka agar balik rumah tanya pada ibu bapa apa serangga yang wujud di rumah。

Sekolah saya sangat seronok.

Tarikh : 5hb Januari 2015
Hari: Isnin
Kelas: Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema: Sekolah saya
Masa : 3.00-4.00 pm

Proses Pembelajaran

Pada hari pertama persekolahan, saya telah mengajar mereka apa itu sekolah. Apa yang ada di sekolah. Mengapa kita perlu ke sekolah. Bila kita perlu ke sekolah. Di mana sekolah kita. dan juga siapa yang ada di sekolah. 

Pada masa ini, kami semua mengambil masa yang secukupnya untuk berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Semua yang ada berasa teruja untuk belajar. Mereka semua amat seronok.  Begitu juga apabila ditanya mengenai perhiasan di dalam kelas mereka.

Saya juga telah menyelitkan perkataan besar, kecil dan ramai untuk mereka. mereka menggunakan perkataan ini sepenuhnya. 

Setelah itu, bagi menghidupkan suasana yang lebih hidup dan ceria, saya telah bermain bola berwarna-warni bersama mereka. Mereka perlu mencari bola mengikut warna yang saya tentukan. Pada mulanya, saya telah meletakkan bola-bola kecil yang berwarna-warni di tempat yang berlainan. Kemudian, mereka perlu mencari mengikut warna yang ditentukan oleh saya. Masa yang diberikan amat terhad. Jadi, mereka perlu mencarinya dengan cepat.

Mereka amat seronok sekali.  

# Permulaan 2015 #

TAHUN BARU - PERMULAAN BARU

Pada tahun ini, kami telah menerima sebanyak 13 orang murid setakat ini bagi murid 6 tahun. 

Jumlah ini akan bertambah mengikut pada masa akan datang.

Murid-murid ini kebanyakannya adalah murid lama yang telah belajar di sekolah ini.

Pada kali ini, jumlah murid perempuan lebih ramai dari murid lelaki.

Mulalah alam baru pada sesi 2015.

Selamat datang, 2015.



   

2014年9月3日星期三

Penutupan Tema Pengangkutan.

Tarikh : 29hb Ogos 2014
Hari: Jumaat
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Bagi menutup tema pengangkutan pada hari ini, saya telah menyediakan bahan latihan agar mereka dapat mengingat kembali perkataan-perkataan yang telah mereka pelajari. Antaranya ialah kereta, kapal terbang, helikopter, basikal, motosikal, kereta lumba, kereta kuda, kereta polis, kereta bomba, kapal layar, kapal laut, motobot, sampan, perahu, bas, taxi, tinggi, rendah, negara, negeri, semenanjung Malaysia, roda, kereta api, naik, pergi, ke, jauh dan dekat.


Buku latihan untuk satu unit pengangkutan telah disediakan untuk proses pembelajaran hari ini.

Terima kasih, semua.

Semangatnya kawan-kawan!

Tarikh : 28hb Ogos 2014
Hari: Khamis
Kelas : Kelas Durian
Guru: Cikgu Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00 pm

Proses Pembelajaran

Hari ini pula, saya telah mengajar mereka menyanyikan lagu patriotik (semangat cintakan negara) iaitu ‘Tanggal 31’ yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Lagu ini dinyanyikan penuh semangat oleh murid-murid kerana lagunya yang ceria dan semangat cintakan Negara.