Tarikh : 19hb
Ogos 2014
Hari: Selasa
Kelas : Kelas
Durian
Guru: Cikgu
Nurul
Tema : Pengangkutan
Masa : 4.00-5.00
pm
Proses
Pembelajaran
Pada hari ini,
saya telah membawa dua buah buku yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan
iaitu “Go, go, go” dan “Ships”. “Go, go, go” adalah sebuah buku yang
menggambarkan keadaan di dalam kapal layar, bomba dan keadaan di litar kereta
lumba.
Secara tak
langsung, mereka dapat mempelajari istilah ‘pertandingan’, ‘kuda lumba’, ‘kereta
lumba’, ‘bomba’, ‘belon udara’, dan ‘kapal selam’. Buku “Ships” pula
menceritakan jenis-jenis pengangkutan di laut. Pelbagai pengangkutan di laut
digambarkan. Terdapat kapal laut, kapal layar, kapal kontena, kapal tangki
minyak, sampan dan juga kapal selam.
Setelah itu,
saya membawa mereka menonton siri Upin dan Ipin yang bertajuk ‘Basikal Baru’. Siri
pendek tersebut mengisahkan kawan-kawan Upin dan Ipin yang mendapat basikal
baru. Hanya Upin dan Ipin sahaja yang tidak ada basikal baru. Buka mereka tidak
mahu tetapi opah mereka tidak berduit ketika ini untuk membelikan mereka
basikal. Mereka putus harapan namun telah ditolong oleh seorang pak cik. Pak
cik itu menolong mereka membaiki basikal buruk. Akhirnya, basikal buruk itu
bertukar menjadi basikal baru atas kerjasama merka bertiga.
Selesai pada
itu, saya membuka pula cerita sri kartun Hagemaru kepada mereka yang bertajuk ‘Memandu
Kapal Terbang’. Siri ini mengisahkan bagaimana seorang anak kecil yang teringin
menaiki kapal terbang. Kemudian, dia telah curi-curi pergi ke satu lapangan
tempat parker kapal-kapal udara. Dia bersama kawan-kawannya pergi ke situ lau
terjatuh di atas sebuah jet. Lalu, dia tertekan butang-butang memandu di dalam
jet itu. Pelbagai aksi telah dipaparkan dan menjadi bahan ketawa kepada
murid-murid. Mereka amat gembira sekali.